TEL/FAX: 03 31688517 KOD SEKOLAH: BBA0021
EMAIL: kampungpendamar@yahoo.com / myskkp@gmail.com

Sejarah Sekolah

  • Sebelum  sekolah  ini  ditubuhkan, anak-anak  di  kampung  ini  mendapatkan  pendidikan  awal  mereka  di  Sekolah  Ladang  Highland  yang  terletak  kira-kira  enam  kilometer dari  Kampung  Pendamar.
  • Kesukaran  mendapatkan  perkhidmatan  pengangkutan , masalah  keselamatan  dan  peningkatan  jumlah  penduduk  telah  menyebabkan  perlunya  sebuah  sekolah  diwujudkan  di  kampung  ini  sendiri.
  • Atas  daya  usaha  penduduk  kampung  yang  diketuai  oleh  Encik  Fazil  bin  Osman  ,  Pengerusi  Persatuan  Penduduk  dan  Encik  Zainal  Rashid  bin  Mohd  Joned  (  kini  Tuan  Haji  ), Setiausaha  Jawatankuasa  Pembangunan  Kampung  Pendamar,  maka  peruntukan  dipohon  untuk  menyediakan  prasarana  sekolah. Akhirnya,  peruntukan  sebanyak  RM 6 000.00  telah  diperolehi  daripada  Kebajikan  Masyarakat  melalui  Wakil  Rakyat  merangkap  Menteri  Muda  Buruh  Persekutuan  Tanah  Melayu  ketika  itu  iaitu  Mendiang  Encik V. Manikavasagam