TEL/FAX: 03 31688517 KOD SEKOLAH: BBA0021
EMAIL: kampungpendamar@yahoo.com / myskkp@gmail.com

Thursday 19 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru di SKKP tahun ini sangat meriah seperti tahun-tahun yang lepas. Terdapat sedikit kelainan dari segi penyusunan semua aktiviti atau pengisian untuk sambutan kali ini. Hasil buah fikiran dan perkongsian idea rakan-rakan guru serta sokongan padu daripada pihak pentadbir maka program ini berjalan dengan lancarnya.

Foto-foto aktiviti:













































===== wait =====

Wednesday 20 April 2011

Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Sempena sambutan Hari Guru 2011, tema yang telah ditetapkan ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Download lagu tema di sini

Monday 18 April 2011

Majlis Perlantikan Ketua & Penolong Ketua Pengawas






















         Majlis ringkas ini telah di adakan di Dewan Terbuka SK Kg Pendamar yang disempurnakan oleh Guru Besar SKKP, Puan Juriah Bt Md Hasan.

Pelajar dari tahun 6 Bestari, Muhammad Adli Maula b. Jeffrydin telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Pengawas bagi sesi 2011, manakala jawatan Penolong Ketua Pengawas pula dianugerahkan kepada Afifah Zahra' Bt Zainol juga dari kelas 6 Bestari.

Acara majlis diakhiri dengan bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas, saudara Adli Maula.

Monday 11 April 2011

Sekitar Acara Penyerahan Vest kepada Calon Murid 5A UPSR 2011

Acara ringkas ini telah dilancarkan pada Isnin, 11 April 2011 di Dataran Budi. Sepuluh orang murid yang berpotensi untuk mencapai keputusan 5A telah diumumkan dan disarungkan "vest" sebagai satu suntikan semangat kepada mereka yang terpilih khususnya dan juga cabaran kepada semua murid tahun 6 amnya. Acara ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kg Pendamar, Pn. Juriah Bt Md Hasan. Acara ini diakhiri dengan bacaan ikrar. Tahniah!

Saturday 9 April 2011

Selamat Datang ke Blog Sk Kg Pendamar

Blog ini masih dalam proses pembinaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.